Total Pageviews

Labels

Tuesday, November 1, 2011

BAHASA MELAYU-FORM 5

Di sini Cikgu ada sediakan perkataan-perkataan BOMBASTIK ihsan dari sebuah laman web (sorry sebab Cikgu tak ingat) yang boleh dimanfaatkan oleh student-student Cikgu dalam menyediakan karangan SPM yang sangat menarik dan bernilai. Semoga dapat membantu dalam SPM anda.

1. Mempunyai mentaliti yang matang

2. Kelonggaran perundangan

3. Wajar tampil sebagai pencipta agenda

4. Yang afdal kini ialah keyakinan

5. Mereka melayani jiwa yang kosong

6. Selaras dengan lonjakan

7. Projek mega kerajaan

8. Seluruh negara mesti genpar

9. Membongkar kepincangan

10. Kita memerlukan pengertian dan kefahaman meluas

11. Menjadi teladan bernilai kepada kita

12. Guru sempadan kebebasan

13. Pelbagai idea yang dilontar

14. Untuk sama-sama digarap

15. Begitu terdesaknya

16. Adalah kunci utama

17. Banyak mencorakkan

18. Tahap kesedaran orang ramai

19. Menjadi semakin ruwet

20. Tingkah laku musnah

21. Petanda kehancuran masyarakat

22. Unsur ketamadunan madani

23. Nilai keinsanan syumul

24. Kesedaran dan keinsafan bersepadu bersama-sama maruah, jati diri dan ketakwaan

25. selaut dosa bangsaku

26. sungai mengerutkan kening alunnya

27. tersinar pada cermin keruh air

28. kukutip gembira pagi

29. kata-kata adalah pelukis setia peristiwa

30. terkurung sepi dalam kotak sendiri

31. aturan yang membekukan

32. di langit bilik

33. waktu menjerat usia

34. angin pengap berat meruntun jiwa

35. peta perjalanan lama

36. nostalgia bertaut seperti kiambang

37. kolam derita dan ria diri

38. mengalir menjadi arus gelisah

39. tulisan merintih mementaskan derita

40. tanah pulau yang bersaudarakan air

41. bercerucuk sejarah hiba

42. kurindui daratan tidak beralun

43. melontar ketawa

44. berselang cahaya

45. memudaratkan – memburukan

46. drastik – cepat

47. konotasi – idea yang dimaksudkan

48. kalam – pensel.pena

49 . perspektif – tanggapan

50. permuafakatan – persetujuan

51. komitmen – kesungguhan

52. natijahnya – kesannya

53. meranapkan – memusnahkan

54. impak – kesan

55. tuntasnya – keseluruhannya

56. oligasi – semangat

57. marcapada=dunia masa kini

58. intiha=akhir sekali

59. cakna=peka

Contoh ayat dalam penggunaan perkataan BOMBASTIK-Gejala Ponteng Sekolah

Dalam menongkah pascamodenisme yang kian meningkat dari semasa ke semasa, tanah air kita hampir mencapai kecemerlangan yang selaras dengan negara maju lain bak aforisme yang acap kali diperkatakan,duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Walau bagaimanapun, gejala ponteng dalam kalangan modal insan kian meningkat kerana mereka sentiasa didedahkan dengan anasir-anasir barat. Tidak disangkal jua perkara sedemikian sering menjadi buah mulut dikedai kopi mahupun dewan parlimen. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah akan mendatangkan impak negatif yang banyak kepada individu, masyarakat mahupun negara. Oleh itu,beberapa modus operandi dapat dipraktikkan dalam usaha membanteras gejala ponteng dalam kalangan modal insan dan dapat dikaitkan dengan slogan kata ‘Sifar Gejala Ponteng’



No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates Published.. Blogger Templates